Thursday, 13 December 2012

this is jenis-jenis kayak!


kayak ada pelbagai jenis. walaupun ada pelbagai bentuk dan saiz, mereka masih lagi kayak. seperti mana orang melayu, ada yang kulit gelap, putih melepak, dan kadang-kadang ada yang kemerah-merahan. namun kita tidak panggil mereka orang india, cina mahupun turki, tetapi mereka tetap melayu. mungkin mereka dikacuk-kacuk dengan orang dari mana-mana entah, itu yang menjadikan warna kulit yang pelbagai. berikut adalah antara jenis-jenis kayak yang wujud di muka bumi ini.



1) Kayak jenis Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.

4) Kayak jenis Squirt

Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan
 g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint
sprint.jpg sprint picture by bote_bothe

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.
6) Kayak jenis Slalom
kayak slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver.

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom


8) Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top

Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem
 udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.

this is kayak!

saya belajar pasal kayak. kayak ni best, lagi best daripada roller coaster. saya tak pernah naik roller coaster, tapi saya harap roller coaster tak lagi best dari kayak, pasal kayak ni best. berikut adalah antara anatomu kayak yang perlu dikenali supaya semasa berkayak, anda rasa best macam yang saya rasa.


(Anatomi kayak)

(Anatomi paddle kayak)

(Gambar penuh paddle kayak)
\

bagi yang tak tahu apa-apa pun pasal berkayak ni, kayak digunakan untuk bergerak di atas permukaan air. paddle pula digunakan untuk menggerakkan kayak. kayak boleh bergerak tanpa dikayuh dengan paddle, tapi dia akan bergerak kehulu-hilir mana-mana entah dia pergi yang anda sendiri pun kadang-kadang tidak faham. oleh itu, paddle penting agar kayak anda bergerak ke arah yang dituju.

this is debut!

saya sedang buat buku log macam zaman pengakap dulu-dulu, tapi versi cyber. semua cerita pasal aktiviti rekreasi akan diceritakan dalam blog ini. sekian.